Staf Sokongan

Encik Irfan
Pengasas, Pengurus Utama &
Ahli Fisioterapi

irfan@physiotherapytaiping.com
Mobirise Website Builder
Encik Azam
IT Teknikal, Penasihat Kanan &
Komunikasi Strategi

azam@technologist.com
Mobirise Website Builder
Cik Amirah 
Pemasaran, Analisi Pengguna &
Sumber Manusia

amirah@physiotherapytaiping.com
Mobirise Website Builder

Ikuti Media Sosial Kami

VIDEO RINGKAS

Apakah Rawatan Fisioterapi?
Rawatan fisioterapi, adalah salah satu daripada profesion kesihatan sekutu yang menggunakan kekuatan mekanik dan pergerakan [Bio-mekanik atau Kinesiologi], terapi manual, terapi senaman, dan elektroterapi bagi menyelaraskan tubuh anda dan menggalakkan pergerakan dan fungsi. Fisioterapi digunakan untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit melalui pemeriksaan, diagnosi, prognosi, dan intervensi fizikal. Ia dilakukan oleh ahli fisioterapi. Sebagai tambahan kepada amalan klinikal, aktiviti lain yang merangkumi profesi fisioterapi termasuk penyelidikan, pendidikan, perundingan, dan pentadbiran. Perkhidmatan fisioterapi mungkin disediakan sebagai rawatan penjagaan primer atau sampingan, atau bersama dengan perkhidmatan perubatan lain.


Fisioterapi juga adalah profesi berasaskan sains dan mengambil pendekatan 'keseluruhan insan' untuk kesihatan dan kesejahteraan, termasuk gaya hidup pesakit. Terasnya adalah dengan melibatkan pesakit dalam penjagaan kesihatan mereka sendiri, melalui pendidikan, kesedaran dan penyertaan dalam rawatan mereka.Anda boleh mendapat faedah dari rawatan fisioterapi pada bila-bila masa dalam hidup anda. Fisioterapi membantu dengan sakit yang kronik ataupun kecederaan yang berlaku secara tiba - tiba. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mengetahui lebih tentang apa itu fisioterapi.

Perkhidmatan Persendirian Rawatan Fisioterapi dari Rumah ke Rumah / Mobile Physiotherapy / Home Visio Physio - Ipoh, Perak

Hubungi Kami
  • 017 - 560 5906
  • info@physiotherapytaiping.com
Lokasi (HQ)
  • 607, Lorong 18, Taman Kota Jaya,
  • 34700 Simpang, Perak. MY

© Hakcipta Terpelihara . Izida Physiotherapy Taiping (002976881-W)
Dikuasakan oleh EZ Optimal Technologies